RUANG PENGIKLANAN



Rabu, 9 Januari 2013

Liga Super Johor Darul Takzim tumbang ditangan Pahang

Pasukan penuh dengan bintang kalah mengejut dengan semangat melawan Pahang. Walaupun dibarisi ratanya adalah pemain kebangsaan belum cukup untuk skuad harimau selatan membaham tok gajah. Banyak peluang oleh pemain Johor dipersiakan terutama bintang dari Sepanyol Guiza yang melepaskan begitu banyak peluang keemasan tapi hampa dengan cubaan lemah dan tersasar. Begitu juga Safeq dan Mat Yo yang gagal menambah jaringan. Kemasukan 2 pemain gantian Pahang merubah corak permainan sehingga mengkucar-kacirkan pertahanan Johor sehingga menghasilkan 3 gol yang cantik. Fauzi pemain Pahang begitu cemerlang didepan gawang dengan jaringan world class. Pastinya skuad Fandi Ahmad begitu tertekan untuk perlawanan kedua nanti bagi mencari kemenangan pertama . Johor Darul Takzim tewas 2-3 kepada Pahang walaupun kemasukan Safee Sali pada 5 minit terakhir tidak membawa perubahan kepada keputusan penuh. Lain-lain keputusan Selangor, Perak, menang keatas lawan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekapur sirih seulas daun palas, sudah baca harap berbalas-balas.

LinkWithin