RUANG PENGIKLANAN



Selasa, 29 Januari 2013

Sony Xperia Z seperti sebuah kamera penuh

TELEFON berkamera hadir di dunia dengan model sub-megapiksel pertama pada awal 2000 yang memberi manfaat kepada kamera dan telefon itu sendiri untuk digabungkan menjadi satu peranti yang hebat.
Telefon berkamera yang baik hari ini merakam gambar setanding dengan generasi kamera digital kompak sebelumnya berdasarkan teknologi kini boleh mempunyai jumlah megapiksel dua digit, zum optik tulen dan keupayaan untuk merakam video HD yang sebenar.
Antara pengesan imej jenis CMOS dan CCD yang menjadi teras kepada fotografi, kedua-duanya membantu telefon berkamera melangkah maju sehingga inovasi kamera digital sudah boleh dimuatkan dalam telefon.

Adakah ia kamera yang mempunyai telefon atau telefon yang mempunyai kamera?
FotoXPERIA...model Z dan ZL dipamerkan.
Pengesan imej CCD adalah lebih matang dan mantap jika mahu dibanding antara kedua-dua teknologi yang mana isyarat daripada setiap piksel dalam pengesan untuk output tunggal analog kemudiannya diproses dalam litar berasingan.
Dengan cara ini, lebih silikon boleh digunakan untuk merakam imej dengan kualiti keseluruhan lebih tinggi tetapi jurang kosnya yang lebih besar mungkin mendatangkan masalah.

Hasilnya, hanya sedikit telefon yang menggunakan CCD.

Manakala CMOS memulakan legasi teknologi disesuaikan untuk pengimejan telefon yang mana setiap pengesan piksel membangunkan sendiri cahaya kepada isyarat penukaran dan kemudian menghantar maklumat digital terhasil daripada litar pemprosesan isyarat.

Memandangkan CMOS berfungsi dalam cip tunggal, ia lebih mudah untuk menyepadukan sistem lain seperti telefon dan memerlukan tenaga yang kurang. Bagaimanapun, kelemahan CMOS termasuk jenis ‘shutter’ yang kurang peka bertindak kerana pengesan imej memperolehnya dengan mengimbas garis demi garis bukannya semua data sekali gus.

Bagaimanapun, CMOS kini melalui proses penambahbaikan sekali gus mengurangkan kegusaran menggunakannya sebagai pemproses imej. Sesiapa yang mengikuti evolusi kamera digital konvensional pasti akan mengetahui pertambahan jumlah piksel dari tahun ke tahun tetapi sebenarnya kualiti imej disuapkan ke pengesan bergantung kepada satu lagi teknologi, lensa. Lensa kamera dalam telefon dikekang saiz telefon itu sendiri jadi pembuat telefon membangunkannya dengan dua kaedah iaitu mementingkan penciptaan pengesan atau mewujudkan teknologi lensa yang lebih maju. Kebanyakan pengguna sudah biasa dengan lensa berasaskan kaca yang mana kaca mula-mula dibuang dalam struktur asas dan kemudian dimesinkan dalam bentuk lebih spesifik.

Kebanyakan sistem operasi sekarang membenarkan aplikasi berkaitan fotografi dimuatkan bersama dalam telefon.

Oleh itu, aplikasi foto boleh memperbaiki kualiti gambar dengan aplikasi pihak ketiga yang membekalkan pengurusan foto, pelarasan imej dan merakam foto secara kreatif.

Telefon berkamera mempunyai flash kecil jenis LED berbanding Xenon pada kamera berkuasa penuh.

Ia tidak menghairankan memandangkan flash yang besar akan menjadi sukar untuk disepadukan dengan telefon tanpa menjadikan kedua-duanya rumit bagi saiz dan bateri. Format imej telefon berkamera biasanya JPEG dengan tahap mampatan dan imej pasca pemprosesan yang sudah ditetapkan dalam telefon itu sendiri. Namun sambungan pada rangkaian dan ‘geotagging’ menjadi salah satu kelebihan yang jelas kamera telefon apabila mana-mana gambar yang diambil boleh dipindah naik secara automatik dengan data geolokasi secara automatik dibina berdasarka GPS telefon. Ketika pelancaran telefon pintar Sony Xperia Z dan ZL baru-baru ini, syarikat terbabit menekan aspek kamera telefon sebagai pengganti kepada kamera digital sedia ada yang mempunyai kuasa menarik dibantu segmen lain dalam konglomerat Sony itu.

Bayangkan, Sony mem­bawakan elemen fotografi dari model Alpha serta NEX untuk disertakan dalam telefonnya yang baru sekali gus menjadikannya antara produk telefon berkamera terbaik di dunia setakat ini.

Ia banyak dibantu pengesan imej Exmor R iaitu CMOS seperti yang penulis nyatakan di awal artikel tadi.

Exmor R mewujudkan kamera yang mampu merakam gambar yang luar biasa walaupun dengan cahaya lilin.

Ia mempunyai kira-kira dua kali ganda sensitiviti sebagai kamera konvensional depan diterangi CMOS dan mempunyai ‘noise’ yang rendah.

Pada bahagian belakang CMOS, cahaya ditujukan ke atas substrat silikon membenarkannya digunakan dengan tahap kecekapan yang tidak mungkin berlaku pada struktur piksel konvensional.

Jurugambar kini boleh mendapatkan imej berkualiti tinggi dalam persekitaran cahaya rendah termasuk pada waktu malam.

Pada Februari 2009, Sony memperkenalkan HDR-XR500V dan HDR-XR520V iaitu kamera video HD pertama di dunia dilengkapi dengan sensor belakang CMOS. Potensi pasaran masa depan dalam penggunaan pengguna kamera menumpukan kepada perkakasan padat yang menggabungkan ciri mudah alih dengan resolusi tinggi yang diperlukan untuk merakam subjek secara terperinci.

Pembangun bekerja untuk memenuhi harapan terbabit dengan mengurangkan saiz piksel di samping mengekalkan ciri fotografi dalam pengesan imej.

Piksel dalam pengesan CMOS terdiri daripada fotodiod pada substrat silikon dalam cip lensa yang terbentuk untuk mengumpul cahaya.

Apabila cahaya masuk melalui lensa daam cip dan mencapai fotodiod, penukaran fotoelektrik bertukar kepada data elektronik yang menjadi output ekoran ukuran voltan.

Proses ini membolehkan cahaya untuk diserap dalam bentuk isyarat elektrik. Pengesan imeh CMOS konvensional mempunyai struktur berlapis termasuk lapisan transistor dan pendawaian logam antara lensa dan fotodiod cip.

Ia memandangkan peng­­gu­naan input dan output voltan yang menghasilkan struktur ini.

Ciri pengesan CMOS termasuk penggunaan tenaga yang rendah dan kelajuan tinggi.

Berdasarkan ciri baru CMOS, Sony menganggap 2013 sebagai tahun mempamerkan produk premium dengan ciri fotografi hebat dalam telefon.

Dalam temu bual bersama eksekutif Sony iaitu Matthew Lang, Ola Lilja Molen dan Jason Smith, mereka sebulat suara bersetuju jenama Z adalah penjenamaan premium Sony.

Malah syarikat terbabit menggabungkannya pula bersama reka bentuk telefon mewah yang sukar dilepaskan pengguna.

Dengan Xperia Z, Sony nampaknya menghasilkan telefon pintar menggabungkan reka bentuk yang luar biasa dengan perkakasan hebat.

Matthew Lang selaku Naib Presiden dan Ketua Asia Tenggara & Oceania bagi Unit Pelanggan menganggap Z dan ZL sebagai ‘superphone’ Sony dan alternatif yang boleh dipercayai untuk kedua-dua ciri besar dalam industri iaitu rekaan dan kamera.

Manakala Pengarah Pemasaran bagi Asia Tenggara & Oceania Sony Mobile Communications, Jason Smith, menjelaskan reka bentuk di sebalik Xperia Z dari bawah ke atas mem­punyai matlamat melihat ikonik berdasarkan pada kod yang dikenali sebagai OmniBalance.

“Omnibalance adalah hasil gabungan reka bentuk pada keseimbangan sempurna yang mana kaca reflektif dan bezel pada skrin depan memberikan Xperia Z simetri lancar,” katanya. Di samping itu, Smith menambah Xperia Z menawarkan apa yang dipanggil syarikat sebagai ‘pengalaman superphone premium’ yang menunjukkan kepakaran syarikat dalam menghasilkan ciri TV berkualiti tinggi dimuatkan bersama telefon pintar menerusi Mobile Bravia Engine 2.

Salah satu masalah yang sering dihadapi pengguna telefon pintar pastinya tertumpu kepada penggunaan bateri.

Bayangkan, aktiviti secara online seharian memerlukan bateri berjangka hayat panjang yang memberikan telefon aktif secara berterusan tetapi pada masa kini, tempoh paling lama pun mungkin hanya 12 jam.

Itupun jika anda hanya fokus kepada penggunaan dua laman sosial, aktif berkamera, membaca e-mel, menjawab panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kalau menggunakan khidmat pesanan seperti Whatsapp, melayari laman web dalam tempoh satu jam secara keseluruhan dan membuka video yang mengakibatkan jangka hayat bateri pasti turun secara mendadak.

Kebanyakan masalah terbabit didorong pelbagai punca antaranya kekerapan kemas kini seperti laman sosial, carian rangkaian, kemas kini aplikasi, penggunaan kamera merangkumi bukaan lensa, kemaskini e-mel.

Kemas kini notifikasi antara punca bateri anda ‘kering’. Bayangkan laman sosial seperti Facebook saja mempunyai jumlah notifikasi yang banyak seperti kemas kini status rakan, ‘tag’ nama anda, balasan komen pada status, permintaan menjadi rakan dan sebagainya.

Xperia Z ada satu-satu­nya ciri pengurusan tenaga jika anda membuka tetapan dengan menutup aplikasi yang tidak membenarkannya menghantar kemas kini.

Leretkan saja jari anda kepada mod Power Managament dan tutup kemas kini tetapi langkah umum saja.

Anda boleh juga menetapkan aplikasi tertentu saja yang tidak memerlukan kemas kini masuk dalam ruang telefon sehingga ‘menyerap’ data sehingga mengurangkan jangka hayat bateri.

Salah seorang jurugambar yang ditemui ketika majlis pengenalan Xperia Z itu memaklumkan, 80 peratus penggunaan kamera biasa kini mudah diperoleh dalam model terbabit sekali gus mengakui Z mungkin pengganti kamera digital sebenar.

2 ulasan:

Sekapur sirih seulas daun palas, sudah baca harap berbalas-balas.

LinkWithin