Pengadil pula kena kad merah!

Datuk Seri Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan  
Datuk Seri Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan
 
Shabery minta FAM kawal kualiti, elak teguran negatif pegawai perlawanan

Georgetown: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu segera memperbaiki mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) dalam usaha meningkatkan integriti dan keupayaan pengadil tempatan.
Sambil menyifatkan isu mengenai pertikaian integriti pengadil sebagai perkara serius, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek mahu FAM membina satu standard tertentu dalam melahirkan pengadil berkualiti bertaraf antarabangsa untuk mengelak teguran negatif dilemparkan kepada pengadil.

Rungutan ini perlu dipandang serius kerana kalau hanya seorang saja yang membuat teguran mungkin sebab mereka kalah, tetapi kalau ramai yang mengadu perkara sama maka saya pasti ada perkara yang tidak kena." Datuk Seri Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan
Beliau berkata, kementerian juga akan mendapatkan maklumat untuk mengetahui berapa ramai pengadil Liga-M yang mendapat pengiktirafan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memastikan kumpulan itu berada pada standard yang mencapai piawaian antarabangsa.

Sediakan pelan strategik

“Isu ini perlu dipandang serius, saya juga perlu tanya FAM berapa ramai pengadil kita yang mendapat pengiktirafan FIFA? Saya difahamkan sekurang-kurangnya mesti ada beberapa pengadil dalam Liga-M yang diiktiraf FIFA.

“Saya percaya pengadil yang diiktiraf FIFA mungkin tidak melakukan kesilapan. Kalau dia (pengadil) buat salah pun bukan sebab tidak profesional tetapi disebabkan kelemahan manusia yang boleh berlaku pada mana-mana pengadil pun... mungkin kerana kedudukannya pada ketika itu,” katanya selepas mengadakan Lawatan di Pusat Kawalan Doping di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, petang semalam.
Katanya, FAM perlu menyediakan pelan strategik bukan saja dalam usaha melahirkan pemain dan jurulatih profesional sebaliknya membina sistem dan mutu pengadilan berkualiti yang diterima semua pihak.

Giat usaha lahir ramai pengadil diiktiraf FIFA

“Rungutan ini perlu dipandang serius kerana kalau hanya seorang saja yang membuat teguran mungkin sebab mereka kalah, tetapi kalau ramai yang mengadu perkara sama maka saya pasti ada perkara yang tidak kena.

“Pengadil bukan saja boleh beri kad merah kepada pemain tetapi adakalanya mereka (pengadil) juga boleh menerima kad merah kalau ternyata mereka membuat keputusan secara tidak profesional, katanya.

Justeru, Shabery berkata, FAM perlu membina satu standard tertentu termasuk berusaha melahirkan seberapa ramai pengadil diiktiraf FIFA untuk mengangkat semula kredibiliti pengadil tempatan.

"Seperti dalam kejohanan Piala Dunia lalu, seorang pengadil tempatan diterima menjadi pengadil keempat dalam pertandingan antarabangsa berkenaan dan ia satu pengiktirafan.

"Justeru, kita mahu sekurang-kurangnya negara mampu melahirkan lebih ramai pengadil bertaraf FIFA yang boleh mengadili perlawanan bertaraf antarabangsa," katanya.


Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas mutu pengadilan Liga M yang disifatkan belum mencapai tahap profesional dan menuntut FAM segera memperbaikinya.

Dalam sidang akhbar tergempar selepas perlawanan Johor Darul Takzim menentang Lions XII malam kelmarin, Tunku Ismail meluahkan rasa kecewa sambil menyifatkan ada keputusan pengadil tidak masuk akal apabila ada bola yang jelas terkena tangan pemain lawan tidak diambil tindakan.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100