Menghitung hari mengundi PRU13

Hari ini hari khamis, esok jumaat , lusa sabtu dan ahad mengundi yahoooooooooooo. Tak sabar rasanya saya mahu menunaikan kewajiban sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam pemilihan tampuk pemerintahan negara Malaysia. Sudah 3 kali saya mengundi termasuk yang kali ini. Siapa yang bakal mendapat mandat PRU13 kali ini menjadi tanda tanya sehinggalah SPR mengumumkan siapa yang menang dan siapa yang tumbang.Kita sebagai rakyat Malaysia janganlah membuat kacau atau melakukan perkara yang boleh menguggat keamanan yang kita kecapi selama  ini. Jangan taksub sangat biar sederhana sahaja. Jika dah pergi mengundi dan jari telah dicalit dengat dakwat kekal tak payahlah nak menyusahkan diri nak hilangkan dakwat tu untuk mengundi sekali lagi. Jika ada rezeki menang takkan kemana punyalah. Aku pelik pulak kalau dah mengundi pastu nak mengudi lagi kan ke nama dalam senarai tu dah dipotong atau digaris dengan pen. Mana datangnya pengundi hantu ni dia pakai kad pengenalan apa pulak dan cepat  pulak dia hilangkan dakwat kekal tu hebat betul la korang ni ada sahaja nak cari jalan untuk menyusahkan orang. Oklah kepada rakyat Malaysia semua ayuh gunakan kuasa mengudi untuk kebaikan anak cicit kita akan datang. Janji mesti ditepati, manifesto tidak semestinya di tunaikan , kita bagi percuma, tol mansuh, minyak turun, kereta turun, pendidikan percuma untuk siapa tu? Undilah dengan bijak dan waras agar pilihan anda adalah yang terbaik. UMNO atau PAKATAN yang bakal mendapat MANDAT 2013?


Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100