Perlawanan Johor DT dan Pahang ditunda
Kecoh memang kecoh apabila penonton berlambak diStadium Darul Makmur dan membuat kacau didalam stadium hingga perlawanan ditunda ke tarikh yang lain. Bagaimana stadium yang hanya boleh menampung sekitar 35 ribu penyokong boleh menjual tiket hingga melebihi kaota yang sepatutnya. Setelah menunggu hampir 2 jam akhirnya keputusan dikeluarkan untuk menunda perlawanan ke satu tarikh yang lain selewat-lewatnya minggu depan. Segelintir penyokong tidak dapat mengawal perasaan apabila membaling batu dan objek keras ke dalam stadium setelah diumumkan perlawanan selamat untuk dimainkan tetapi balingan batu dari luar stadium pula menjadi masalah mengenai penyokong Johor. Weyyyyyyyyy penat la aku tunggu nak tengok bola bukan nak tengok penonton yang tiada sivik. Jadilah penyokong yang sederhana bukan extrem. Satu lagi perlawanan antara Terengganu dan Kelantan penuh dramatik apabila tuan rumah dapat mengatasi pelawat dengan kemenangan 4-2 tetapi kalah agreget 5-6 setelah 2 orang pemain Terengganu dibuang padang kerana menerima 2 kad kuning dimana Effa Owana membantah keputusan pengadil disaat akhir masa tambahan dimana Terengganu mendahului 4-0. Bola sepak apa sahaja boleh jadi saat minit akhir boleh mengubah keadaan dimana Nwaneri menjaringkan gol untuk Kelantan untuk menyamakan kedudukan 5-5 sama dan memaksa masa tambahan dimainkan.