Sara Amelia Muhamad Bernard

Peserta Islam nekad tanding ratu cantik  
Wafa Johanna De Korte (kiri) dan Amelia Bernard.

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.

sumber Berita Harian

Ulasanku
* Alamak cik adik manis kenapa x paham-paham ya kan islam melarang wanita menayang bodynya dikhalayak ramai menjadi tontonan yang bukan mahramnya pada tempat-tempat yang sulit yang hanya boleh dilihat oleh suami sahaja. Pakaian dah tentunya kurang kain dan pastinya sendat dan ketat memperlihatkan khazanah aurat yang terindah bagi kaum adam melihatnya. Jadi tak perlulah untuk berkeras untuk meneruskan hajat itu ya cik adik manis masuk Miss World Malaysia 2013 tu.Banyak benda lain yang boleh dilakukan selain masuk Miss World ni untuk menunjukkan kebolehan "wanita melayu" yang cerdik dan bijak. Islam itu memudahkan bukan menyusahkan jika diikuti dengan sebenar-benarnya.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100