Senarai Penuh Pemain Baru JDT 2014

Tanda tanya?
Satu lagi pemain yang buat pusingan round about Mohd Amirul Hadi Zainal memberikan tanda tanya kepada peminat bolasepak tempatan milik siapakah lelaki ini samada JDT atau Pahang. Jika pada malam sabtu lalu nama beliau ada dalam senarai pemain JDT untuk musim 2014 nanti sewaktu sesi pengenalan pemain dan hari ini yang PBNJ mengesahkan yang Amirul belum lagi tandatangan kontrak tetapi telah tandatangan kontrak bersama Pahang. Ahhhh pening aaaaa... lagi memeningkan apabila nama Mat Yo tidak disebut semasa pelancaran jersi baru dan senarai pemain JDT.

Senarai pemain yang dikeluarkan oleh Johor Football Association (JFA) menyenaraikan 17 pemain baru, termasuk Mohd Amirul Hadi Zainal, selain itu Norazlan Razali, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli dan Mohd Amri Yahyah dari Selangor,dan Mohd Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Mohd Syakir Syaari dari Kelantan.
Pemain Lions XII  Hariss Harun, Baihaki Kaizan, anak kelahiran Kelantan Mohd Nazrin Mohd Nawi dari Negeri Sembilan dan pemain Harimau Muda A Mohammad Fadhli Mohammad Shas , Mohd Irfan Fazail dan Mohd Izham Tarmizi juga tidak ketinggalan.

JDTjuga mempunyai pemain Argentina Pablo Aimar dan bekas penyerang Atletico Madrid Braulio Nobrega Rodriguez.

Pada malam tersebut pengenalan jersi baru JDT 2014 seperti dibawah.



Jersi 1(home), 2(away) dan 3(away)


Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100