Malaysia vs Indonesia Semi Final Update

football 
Pertembungan kembali final Sukan Sea 2011 tetapi kali ini pertemuan antara Malaysia dan Indonesia lebih awal di separuh akhir acara bolasepak Sukan Sea 2013 Myanmar. Pertembungan ini pasti lebih hangat dan mendebarkan seluruh peminat di asia tenggara kerana Malaysia merupakan juara 2 edisi terakhir sukan sea sebelum ini yang pastinya ingin mengulanginya buat kali ke 3 berturut-turut. Teruskan perjuangan Harimau Muda.

Saksikan pertembungan  ini pada Khamis, 19 Disember 2013 pada jam 5.30 petang kerana Malaysia dah pajak masa nak main petang jer sebab Myanmar kata Malaysia power bila main petang hahaha. Aku percaya ada sabotaj ni nk kasi pemain OKS ni cepat letih tapi tengok kekuatan sebenar Harimau Muda.

*Update

Tahniah Indonesia menunjukkan jalan keluar buat Malaysia untuk tidak dapat masuk final Sukan Sea 2013 kali ini. Malaysia bermain dengan tenat sepanjang 120 minit permainan walaupun banyak peluang yang harus digolkan tetapi penyudah yang tumpul. Pemain yang aku maki2 semalam seperti Irfan Fazail, Thamil Arasu aku mintak maaf ya tapi memang permainan dan taktikal OKS semalam memang paling teruk dengan memasukkan terlalu lewat pemain tengah yang bagus dan sayap kiri kanan yang hilang entah kemana. Penentuan sepakan penalti kali ini berpihak kepada Indonesia kerana penjaga gol kita tak dapat baca sepakan pemain lawan. Harap jer power masa main tapi penalti tak leh nak tgk bola kemana pulak. Terlalu over confident ni la punca kalah n lagi satu punca kita main petang sepanjang Sukan Sea ni lah . Pelikkan tak pernah dapat main malam kat Myanmar, adakah ini ada satu unsur sabotaj dari pihak penganjur supaya kita x dapat masuk final. Lepas ni penentuan pingat gangsa akan bertemu semula dengan Singapura. Final Thailand menentang Indonesia yang dikalahkan 4-1 dalam kumpulan.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100