Sukan SEA Malaysia vs Brunei

Kepada anak buah Ong Kim Swee tahniah kerana menang dengan Brunei walaupun banyak kecacatan dan kelemahan dibahagian pertahanan yang terlalu longgar. Nasib menyebelahi Malaysia petang semalam kerana jika di ikutkan Brunei boleh menjaringkan 4 gol atas kelekaan barisan pertahanan yang membolehkan pemain Brunei lolos dengan mudah. Penyerang mereka kurang pengalaman dan gopoh punca bola mudah ditampan dan terkeluar. Malaysia juga tidak kurang peluang keemasan didepan gol tapi tak dapat digolkan walaupun berdepan dengan penjaga gol sahaja. Lagi satu perangai yang aku tak suka pemain tengah Irfan Fazail yang banyak mengentel dan memudahkan pemain lawan merampas bola sehingga hampir menghasilkan gol . Selepas ini bertemu Laos Jumaat ini jangan main macam bertemu Brunei kalau tidak merana la jawabnya. Pertahanan perlu dibaiki segera jika kita mahu melangkah lebih jauh.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100