JDT menang di Jalan Besar 3-2

Kemenangan memunggut 3 mata amat penting buat JDT setelah menewaskan Lions XII malam tadi. Walaupun ada berlaku beberapa keputusan pengadil yang meragukan tetapi yang penting JDT menang. Pelbagai berita didengar tentang penyokong Johor yang susah benor nak masuk Singapore nak tengok bola sampaikan ada yang kata nak "buang hajat" pun tak boleh. Permulaan separuh masa pertama begitu rancak sehinggalah 10 minit terakhir Lions XII dapat menjaringkan 2 gol sebelum Diaz mengambil peluang kelapaan benteng Lions XII untuk kedudukan 2-1. Sepatutnya JDT sudah menjaringkan gol awal tetapi kekayuan Safee Sale didepan gol merencatkan peluang JDT menang besar malam tadi dengan peluang satu lawan satu berdepan penjaga gol sebanyak 2 kali peluang terhidang tetapi tidak dapat disudahkan. Masuk babak kedua perlawanan semakin rancak dengan serangan bertali arus kedua-dua pasukan sehingga minit ke 54 serangan balas JDT berhasil apabila diberi tendangan penalti oleh pengadil yang mendakwa terkena tangan pemain pertahanan Lions XII untuk membolehkan Figuero menjaringkan gol penyamaan. Serangan balas JDT pada  minit ke 74 menghasilkan kemenangan buat JDT setelah Diaz dengan selambernya menyepak ke sebelah kiri penjaga gol  hasil hantaran Figuero untuk gol kemenangan JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

Pereyra Diaz  wira JDT malam tadi dengan 2 gol


Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100