COKELAT CADBURY DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM


JAMIL KHIR (tengah) bersama Othman (kiri) dan Mohd. Roslan pada sidang akhbar mengenai hasil ujian Jabatan Kimia terhadap coklat Cadbury di Bangi semalam.



BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan kesemua sampel coklat yang diambil dari kilang coklat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., minggu lalu bebas daripada sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) babi (porcine).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebanyak 11 sampel yang diuji Jabatan Kimia itu meliputi bahan mentah dan produk akhir termasuk dua jenis coklat susu Cadbury yang dikatakan dicemari DNA babi sebelum ini.
“Sampel coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang kita uji datang dari kelompok sama dengan yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini.
“Perbezaan keputusan ujian ini mungkin disebabkan makmal mereka tiada akreditasi untuk memeriksa DNA babi ataupun berlaku pencemaran ketika pengangkutan dan penyimpanan produk tersebut dalam pasaran,” katanya.

* Copy dari KOSMO tq...

Walau JAKIM kata dah halal cokelat ini aku tetap sudah tak mau makan cokelat CADBURY n sewaktu dengannya kerana apa aku sudah was-was, bila dah was-was mendatangkan haram, jadi lebih baik tinggalkan bende yang haram. Yang menjadi kemuskilan sekarang ini kenapa ujian DNA mendapati negatif  adakah CADBURY sengaja tidak memasukkan DNA babi dalam cokelat mereka buat sementara kerana tengah heboh dan bila sudah senyap cerita ini mereka memasukkan kembali babi kedalam cokelat mereka . Jadinya aku muktamad tak mau makan cokelat CADBURY.Anda pula bagaimana?

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel