RUANG PENGIKLANAN



Isnin, 30 Jun 2014

Johor Darul Takzim Juara Liga Super Malaysia 2014

Akhirnya setelah hampir 20 tahun negeri Johor tidak memenangi sebarang piala sejak 1991 kini era kegemilangan bolasepak Johor sudah kembali kelandasan yang betul setelah Tengku Mahkota Johor mengambil alih tampuk kepimpinan bola sepak Johor. Piala yang ditunggu-tunggu akhirnya milik Johor DT setelah mengalahkan Sarawak 1-0 manakala Selangor sekadar seri dengan PKNS 2-2 membolehkan JDT menjadi juara mutlak edisi kali ini. Tahniah buat semua pemain dan pengurusan yang bertungkuslumus sepanjang musim untuk meraih kejuaraaan kali ini.

Photo: Liga Super Malaysia 2014 telah pun menutup tirainya pada 25 Jun 2014 dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) telah pun mengungguli kejuaraan tersebut yang mana penantian selama lebih dua dekad itu menyaksikan kembalinya piala tersebut ke bumi Johor. Kini Ramadhan telah tiba dan menyaksikan tiada lagi perlawanan bola sepak melibatkan pasukan JDT dan akan bermula kembali apabila pertandingan Piala Malaysia 2014 bakal bermula.

Mungkinkah nostalgia 1991 bakal berulang apabila pasukan Johor pada ketika itu mampu menjulang dua piala berprestij dan membuktikan mereka adalah kuasa besar bola sepak pada era zaman tersebut? Perkara ini tidaklah mustahil, diiringi doa dan usaha serta sokongan padu dari para penyokong Harimau Selatan khususnya... impian tersebut bukanlah lagi anganan kosong!

Hidup Johor Demi Johor
#BerjuangBersamaKami 

 

Photo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekapur sirih seulas daun palas, sudah baca harap berbalas-balas.

LinkWithin