Dengar Tazkirah Tentang Berkabung

Assalamualaikum,

Malaysia telah berkabung pada 22 ogos 2014 kerana memperingati mereka yang telah terkorban dalam kejadian pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di timur Ukrine. Kesedihan melanda seluruh Malaysia dan terutamanya ahli keluarga yang terlibat. Pihak kerajaan Malaysia telah mengistiharkan supaya semua rakyat Malaysia memakai pekaian berwarna suram pada hari tersebut dan bertafakur seminit bagi mengenang mangsa yang terlibat. Disebabkan bertafakur yang menyerupai acara agama lain banyak rakyat dan alim ulamak bertelagah tentang cara dilakukan iaitu bertafakur tersebut. Fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa pada 1985 bahawa bertafakur adalah tidak boleh dilakukan oleh orang islam dan menghampiri syirik yang nyata. Untuk menghormati tidak apa tetapi jangan sampai menyerupai agama lain dengan mengikut cara berdiri dan memakai pakaian warna tertentu.  Ustaz cakap lebih baik sedekahkan Al-Fatihah dan buat solat ghaib. Ustaz cakap benda ini menjadi fitnah membuat sesama islam bertelagah dan bergaduh. Oleh itu hindarkan diri kita menjadi sebahagian fitnah tersebut. Jika ada tersilap apa yang dicoretkan mohon diperbetulkan dan saya minta maaf atas kekurangan ilmu.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel