Harimau Baby, Harimau Muda dan Harimau Malaya Sayu



14. 09.2014 adalah hari kemuraman buat skuad bolasepak kebangsaan kerana semua 3 wakil  kita kalah kepada lawan masing-masing. Dengan permulaan baik buat skuad bawah 16 di suku akhir  akhirnya kandas kepada Australia dengan 2-1. Semangat juang yang ditunjukkan anak buah Balachandran amat harus dipuji walaupun kealpaan benteng disaat kemenengan sudah didepan mata memakan diri. Kesilapan benteng yang tidak dapat mengekang lawan dari membuat larian masuk ke kotak D menjadikan lawan mudah mengukum dengan gol-gol mudah. Pasukan sukan Asia B23 pula layu disebabkan diasak dari awal wisel dibunyikan dengan serangan bertali arus memaksa mereka mengerah keringat namun kelajuan dan kepantasan Korea menghukum kealpaan benteng pertahanan yang banyak membuat kesilapan dengan bola mudah dicuri dan keklisen penjaga gol Izham Tarmizi yang lebih kepada bermain cantik membuatkan gol demi gol dihasilkan. Malaysia U23 0- Korea Selatan U23 3. Skuad senior pula amat mengharukan dengan hasil gol sendiri Muslim Ahmad dan tandukan cantik pemain no 17 menjadikan malam paling suram buat pasukan bolasepak Malaysia.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100