GST 1 April 2015 bermula seluruh Malaysia
1 April satu tarikh yang pastinya akan diingati oleh rakyat Malaysia kerana tarikh ini akan memberikan satu dimensi baru dalam kehidupan berbelanja di Malaysia. Pembelian panik rakyat apabila membeli keperluan harian mahupun barangan disaat akhir sebelum perlaksanaan GST bagi mendapat harga yang lebih murah. Rata-rata rakyat masih menganggap GST akan menambah beban perbelanjaan mereka.
Bagi semua selamat berGST lah kita bagi membangunkan negera kita yang tercinta ini. Sampai bila kita mahu dibebani hutang yang bertambah dikala semua benda naik harga dengan gaji yang sama.
Rakyat terbeban lagi sekali walaupun katanya BR1M dapat membantu meringankan beban. Bukan semua rakyat menerima BR1M ini. Demi negara tercinta ku sanggup renangi jua walaupun disudut hati ini tak suka.