Catatan

Nikon D800 & D400

Dengar-dengar Nikon akan mengeluarkan model terbaru D800 & D400. Dari sumber yang boleh dipercayai Nikon akan mengeluarkan model baru tersebut pada bulan Januari 2011. Kita tunggu dan lihat. Ditulis oleh Royzam

Naik Kapal Di Sungai Melaka

Imej
Satu pengalaman yang berbeza naik kapal pada waktu malam di Sungai Melaka pada waktu malam. Dengan pemandangan yang cantik dengan dilimpahi warna-warna lampu yang menerangi sepanjang sungai melaka. Perjalanan menaiki kapal mengambil masa 40 minit ulang alik dari jeti. Memang meriahlah menaiki kapal nie. Antara gambar yang sempat diambil Ditulis oleh Royzam

Jom pergi Melaka Wonderland

Imej
Salam semua pembaca blog, di Melaka terkini ada taman tema air terkini yang berada di Air Keroh yang dinamakan Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan sesat sebab sign board dilindungi dengan daun kelapa sawit hehehe. Jika anda dari Plaza Tol Air Keroh anda kena lihat sebelah kanan pada lampu trafik pertama berdekatan dengan taman Mini Malaysia. Kalau dari Hotel MITC Ancasa Hotel memang dekat lah theme park ni terus jumpa bulatan dan dalam 200 meter belok kiri dan nampak balai polis terus dan jumpa bulatan kecil belok pukul 3 dan terus je la jumpa la taman tema Wondeland tu. Menjejakkan kaki kat sini rasa teruja jer sebab pertama kali la nak pergi sini. Sampai-sampai tengok tempat  parking memang sikit jer tapi bolehlah sebab barukan. Lepas bayo tiket jalan masuk jauh juga dalam 100 meter dan jumpa tempat tukar baju. Lepas tu jumpa pulak kolam mandi berombak dan naik bukit sikit jumpa pulak kolam yang agak besar untuk mandi kan...

Malaysia Juara Piala AFF 2010

Imej
  Gambar dipetik dari Harian Metro Tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya merangkul gelaran Juara Piala AFF 2010 dengan kemenangan 4-2 secara agreget. Walaupun tewas 2-1 pada malam tadi dalam perlawanan akhir kedua. Tahniah kepada semua pemain yang berjaya menjalankan tugas dengan baik. Tahniah juga kepada perdana menteri kerana memberikan cuti umum kepada seluruh rakyat Malaysia pada 31 Disember 2010 kerana kejayaan menjulang Piala AFF 2010 kali ini. Teruskan membina pasukan yang lebih kuat dan dapat menjulang Piala Dunia selepas ini. Memang sesuatu yang hebat berlaku dalam  kancah bolasepak Malaysia. Nama Malaysia berkumandang diseluruh dunia ketika ini. Ditulis oleh Royzam

Jersi biru bawa tuah kepada Pasukan Malaysia

Imej
kalau anda perasan pasukan bolasepak Malaysia memenangi beberapa kejohanan besar seperti sukan sea, pestabola merdeka, sukan asia 2nd round, dan skrg final AFF dengan memakai baju biru. So teruskan pakai baju biru wahai pasukan Malaysia memang ada onngggg. Malaysia Boleh. Ditulis oleh Royzam

Kucing terbiar VS kucing peliharaan

Imej
Kesian betul aku tengok kucing terbiar tapi aku tak boleh bela kucing kat rumah sebab ada budak kecik, bagaimana jalan penyelesainnya anda fikir-fikirkan Ditulis oleh Royzam

Teringin juga aku tanam pokok anggur macam ini

Imej
Setelah mencuba beberapa kali menanam pokok anggur akhirnya benih yang ku tanam telah bercambah . Inilah gambar pokok anggur yang aku tanam dalam pasu hehehe Harap-harap pokok anggur ini dapat membesar macam gambar kat bawah ini. Ditulis oleh Royzam