Amat mengecewakan Skuad Bolasepak kena belasah

NORSHAHRUL (kiri) merai jaringannya bersama rakan sepasukan untuk meletak Malaysia di hadapan sebelum tuan rumah bangkit dengan lima gol, malam tadi.
NORSHAHRUL (kiri) merai jaringannya bersama rakan sepasukan untuk meletak Malaysia di hadapan sebelum tuan rumah bangkit dengan lima gol, malam tadi.
Skuad Raja tak mampu harungi asakan Indonesia

KEMPEN Piala Suzuki AFF negara tampak seperti menjanjikan harapan baru pada 20 minit pertama permainan perlawanan pembukaan bertemu Indonesia di Stadium Bung Karno malam tadi, tetapi baki 70 minit seterusnya menyaksikan harapan itu diragut pasukan tuan rumah dengan kemenangan besar 5-1.
Malaysia bermula baik pada babak pertama jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18 meletakkan negara di depan selepas penyerang itu menerima umpanan baik daripada Mohd Safee Sali yang mengawal kemas bola dari sisi padang.
Namun kegembiraan kem negara tidak bertahan lama apabila Indonesia menyamakan kedudukan selepas Mohd Asraruddin Putra tertampan bola ke gol sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang ke depan pintu gol oleh pemain tuan rumah pada minit ke-21.

Pertahanan anak buah K Rajagobal terus ditimpa masalah, dan gol kedua Indonesia sebelum rehat muncul menerusi Christian Gonzales (m33) yang berjaya menggelecek dua pertahanan negara sebelum merembat melepasi Mohd Sharbinee Allawee.

Pada babak kedua, barisan pemain muda negara terus ditimpa malang apabila gerakan satu dua pemain tuan rumah berjaya memperdayakan pertahanan Malaysia untuk Muhammad Ridwan (m52), Arif Suyono (m76) dan Irfan Haarys Bachdim (m93) melebarkan kedudukan kepada 5-1.

Malaysia kini di tangga tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata, manakala Indonesia melonjak ke tangga teratas, mengatasi Thailand dan Laos yang berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 semalam. Malaysia akan berdepan Thailand Sabtu ini manakala Indonesia bertemu Laos.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel