Nokia keluarkan model telefon pintar N9 saingi Samsung dan Apple

 Nokia N9Nokia N9

SYARIKAT gergasi alat komunikasi yang berdepan masalah, Nokia, menyatakan bahawa musim barunya kini telah bermula dalam usaha melindungi pasarannya daripada persaingan daripada syarikat lain seperti Apple dan Samsung.

Ketua Eksekutifnya, Stephen Elop, berkata syarikat berpangkalan di Finland itu telah berjanji membaik pulih syarikat, yang suatu ketika dulu adalah peneraju utama telefon bimbit di peringkat dunia.
"Pada awal tahun ini Nokia telah menggariskan beberapa perubahan baru dalam hala tujunya. Kini, selepas empat bulan dan 10 hari, pada hari ini (semalam) menandakan musim baru Nokia sudah bermula," katanya pada ekspo Industri CommunicAsia di Singapura.
"Organisasi kami telah beralih dan kami kini memiliki strategi yang jelas dan sedang menumpukan usaha untuk mendapatkan hasil.

Elop, bekas eksekutif di Microsoft diambil bekerja oleh Nokia pada September lalu, menyaksikan pasaran syarikat itu kini menjunam selepas menghadapi persaingan daripada telefon iPhone milik Apple, Samsung dan pencipta Blackberry, Research in Motion dari Kanada.

Pada Februari lalu, syarikat itu mengumumkan ia akan menggunakan perisian Windows 7 milik Microsoft untuk diguna pakai dalam telefon pintarnya akan datang.

Elop berkata, beliau berjaya meningkatkan keyakinan mengenai pelancaran model pertamanya menggunakan pelantar Windows 7 pada tahun ini dan akan memasarkannya dalam jumlah besar pada 2012.
Pada masa sama, beliau turut memperkenalkan model baru, N9 yang menonjolkan paparan ‘all-screen’ serta tidak mempunyai punat ‘home’ seperti yang dimiliki iPhone dan model canggih lain.

Model N9, yang tidak beroperasi menggunakan pelantar Windows 7, memiliki fungsi membolehkan pengguna menyambung telefon itu dengan aksesori lain seperti set kepala atau pembesar suara dengan hanya menyentuh telefon itu pada aksesori berkenaan.

Elop berkata, penghasilan model N9 itu adalah hasil kerja keras jurutera Nokia yang berusaha mencipta semula model mereka.

"Fokus sebenar N9 adalah untuk mendedah kembali cara baru membawa inovasi ke dalam pasaran.

"Banyak hasil inovasi yang anda dapat lihat dalam N9 hari ini dan ia akan sentiasa kekal dengan pelbagai cara," katanya.

Suatu ketika dulu, kira-kira lapan daripada 10 telefon bimbit yang terjual di Asia adalah model Nokia menurut CommunicAsia.

Walaupun Nokia masih kekal sebagai pengeluar telefon bimbit terbesar dunia, namun bahagian pasaran globalnya merosot selepas Apple dan beberapa syarikat alat telekomunikasi lain mengeluarkan telefon bimbit yang lebih menarik dengan menawarkan pelbagai aplikasi sama ada untuk perniagaan atau permainan.

Nomura Equity Research meramalkan saham Nokia daripada keseluruhan pasaran telefon bimbit akan menurun dari 25.1 peratus di suku pertama tahun ini kepada 19.9 peratus pada suku keempatnya.

Menurut Nomura lagi, dalam sektor telefon pintar, penurunannya adalah lebih tinggi, dari 25.5 peratus pada suku pertama kepada 13.1 peratus pada suku keempat.

Sehingga produk baru yang lebih kompetitif dilancarkan, sukar untuk melihat bagaimana pengurusan Nokia dapat mengatasi penurunan ini kata laporan itu lagi. – AFP

Ditulis oleh Royzam

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel