Malaysia kalah tapi aku tetap bangga
Wajah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menceritakan kesudahan perjuangan Harimau Malaya apabila seri 1-1 (agregat 4-6) dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. |
Harapan Malaysia berakhir malam tadi dengan kekalahan kepada Singapura dengan 4-6 setelah seri 1-1 malam tadi. Permainan separuh masa pertama agak lembab dengan Singapura melewat-lewatkan permainan menjadikan serangan dari Harimau Malaya tumpul. Separuh masa kedua permainan mula rancak dengan gerakan yang menarik dan menghasilkan gol oleh Safee tetapi kelekaan barisan pertahanan dihukum dengan gol Singapura. Khairul Fahmi menyelamatkan banyak bola bahaya yang boleh menghasilkan gol tetapi dapat diselamatkan. Tapi aku masih tak percaya kenapa Datuk Rajagopal masih menggunakan formasi yang sama masa main di Singapura sebelum ini dan pemain yang sama kerana taktikal ini jelas tidak berjaya. Perlu rombakan cari pemain tengah dan yang boleh mengambil sepakan percuma. Aku rasa kalau masukan pemain senior tgh seperti Skukur Adan rasanya kita boleh pergi malam tadi. Pemain tengah Ismail Faruqi jelas tidak dapat menghantar bola kepada penyerang. Lepas ini tinggal skuad olimpik sahaja yang tinggal untuk kelayakan Sukan Olimpik.
aku tulis nie percaya tak?