Malaysia hampir menang keatas Arsenal

Memang mantap permainan Malaysia malam tadi tapi dek kerana kealpaan pemain pertahanan pada minit-minit terakhir menyebabkan kita kalah tipis kepada Arsenal. Percaturan rajagopal menukar pemain pada baki 10 minit terakhir mengubah rentak permainan dengan Arsenal melancarkan serangan pantas dan menghasilkan 2 gol dalam masa 3 minit sahaja. Tapi memang kita bermain dengan baik sepanjang permainan dengan hantaran dan corak serangan yang berbeza. Banyak peluang kita didepan gol Arsenal tapi hanya satu sahaja dapat masuk. Safee Sali mendapat 3 peluang keemasan untuk menjaringkan gol tapi dapat diselamatkan penjaga gol Arsenal. Penjaga gol Farizal Marlias bertindak cemerlang menafikan percubaan bahaya penyerang Arsenal jika tidak ketangkasan beliau rasanya Malaysia banyak juga kena malam tadi. Tahniah kepada semua pemain walau puasa pada siangnya malam tadi korang memang garang la wei..go harimau malaya.

Jom skodeng video


Malaysia XI - Arsenal footyroom.com by footyroom

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100