Karnival Nusajaya
Karnival Nusajaya yang berlangsung 2 hari bermula 22 hingga 23 september 2012 membawakan anda dimensi baru dalam Kota Iskandar ini. Keadaan hari pertama karnival sungguh meriah dengan kehadiran pengunjung yang tak putus-putus melawat tapak karnival ini buat pertama kalinya diadakan.Anda boleh datang menaiki bas yang disediakan secara percuma di Larkin Central, dan berberapa tempat lagi atau anda boleh drive sendiri terus ke sini. Karnival ini telah diadakan di tengah-tengah kawasan pentadbiran baru negeri Johor iaitu Kota Iskandar. Banyak aktiviti telah diadakan dengan booth-booth penyiar tv swasta Tv3, Ntv7, Tv9 dengan gerai-gerai yang menjual barangan dengan harga yang murah. Legoland, Hello Kitty, Thomas & Friends, Barney, & Pingu tidak ketingalan memeriahkan kawasan karnival kali ini. Persembahan artis Black membawakan lagu-lagu popularnya menghiasi suasana petang di dataran kota Iskandar ini.
Jom skodeng gambar yang sempat aku shoot.
Jom skodeng gambar yang sempat aku shoot.
Selamat datang kepada pengunjung ke Karnival Nusajaya |
Berlatarbelakangkan bangunan pentadbiran baru Johor |
Artis Nabila Huda & Nabila AF pun ada |
Black & FBI pun ada membuat persembahan |
Rekabentuk bangunan & lanskap yang menarik sekitar kota iskandar |
Konsert |