Keputusan perlawanan Piala Malaysia ATM menentang LIONS XII

Pasukan ATM bakal ke pentas final Piala Malaysia


Perlawanan malam tadi penuh drama dan teka teki siapa yang bakal ke final Piala Malaysia dengan mendebarkan sekali sehingga ke penentuan sepakan penalti. Nasib menyebelahi pasukan ATM dengan tiang menjadi  penyelamat  bola keluar melantun keluar membolehkan ATM ke final buat kali ke 3. Masa tambahan 6 minit yang diberikan oleh pengadil disebabkan oleh pemain LION membuang masa dan membuat kesakitan yang nampak dibuat-buat memakan diri apabila Marlon dapat menanduk masuk bola pada saat-saat akhir tiupan wisel oleh pengadil. Drama diteruskan dalam masa tambahan 30 minit tiada gol dihasilkan walaupun ATM beberapa kali dapat masuk ke kotak penalti tapi tiang menjadi penyelamat dan seorang pemain LION Abdul Halim dibuang padang kerana menerima 2 kad kuning. Sepakan penalti nampak berpihak kepada LION pada awalnya sehingga sepakan ke 5 yang dapat diselamatkan penjaga gol ATM Farizal untuk 3 tendangan akhir LION dapat diselamatkan. ATM menang 5-4 (2-2).

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100