Restoran Oldtown White Coffee Jamin Halal

Restoran Oldtown White Coffee telah menyangkal dakwaan bahawa restoran mereka tidak halal dengan mengeluarkan kenyataan seperti dalam surat khabar hari ini yang menyatakan restoran mereka adalah halal dan menerima pensijilan halal dari Jakim. Daripada 179 francais yang ada diseluruh Malaysia 60 peratus menerima perakuan halal Jakim manakala bakinya dalam proses menanti pengesahan.

Persepsi rakyat Malaysia amnya dan tentunya masyarakat islam memandang restoran yang dikendalikan oleh orang bukan islam pastinya ragu-ragu akan halalnya makanan yang ada di restoran ini. Walaupun ia mendapat pensijilan halal dari Jakim. Jika kita merasa was-was maka lebih baik menghindarkan diri anda dari pergi ke restoran ini.Jika anda yakin anda boleh makan dan minum disini tiada salahnya.


Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100