RUANG PENGIKLANAN



Khamis, 22 November 2012

Genjatan Senjata Antara Palestine & Israel

Akhirnya genjatan senjata dilaksanakan di Gaza Alhamdulillah. Satu kemenangan sementara buat rakyat Palestin.Gencatan senjata Israel-Palestin yang bermula pada 3 pagi tadi waktu Malaysia hasil diplomasi yang diusahakan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi.


Dilaporkan Mesir, Turki dan Iran antara tiga negara yang berjaya menekan Israel supaya berhenti membedil Gaza dan mengadakan gencatan senjata ini.

Serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua serta mencederakan ratusan yang lain.

Kohilan berkata selain gencatan senjata, Malaysia juga percaya pertelingkahan dalaman perlu diselesaikan lebih awal di dalam Palestin dan dengan sokongan negara luar, kedamaian sejagat dapat diperoleh untuk selama-lamanya.

"Negara jiran dan negara Islam pastinya akan menyokong kepada pelan damai menghentikan pertelingkahan dalaman itu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekapur sirih seulas daun palas, sudah baca harap berbalas-balas.

LinkWithin