Malaysia menang akhirnya di AFF 2012

Yahooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo Malaysia ????????? Menang

Nantikan jawapannya sebentar lagi yer  :)

Ya jawapannya Malaysia menang 4 - 1 mengatasi Laos tetapi kita perlu menang juga menentang Indonesia bagi memastikan kita layak ke separuh akhir. Sekarang ini dalam kumpulan  B masih terbuka sesiapa sahaja boleh layak ke separuh akhir. Dengan Indonesia 4 mata, Malaysia 3 mata, Singapura 3 mata manakala Laos 1. Laluan kita nampak susah sikit sebab akan jumpa Indonesia manakala Singapura menentang Laos laluanya nampak lebih terbuka. Malaysia wajib menang dengan apa cara sekalipun.
Safee Sali merayakan jaringannya tetapi malam ini dia nampak keletihan kenapa ya
Permianan Malaysia malam ini lebih teratur dan terancang corak serangan dan tujuannya. Jika macam ni masa berjumpa Singapura maka kita sudah layak awal. Deretan peluang oleh Safee Sali dan Mat Yo pada separuh masa pertama banyak disia-siakan walaupun berdepan dengan penjaga gol sahaja. Jika semua peluang diambil maka jaringan malam ini adalah menjadi rekod pada kejohanan kali ini tapi nasib kita dapat 4 gol . Gol Malaysia dijaringkan oleh Shafiq Rahim hasil sepakan percuma, gol kedua hadir hasil sepakan Safee Sali lorongan dari Wan Zack. Gol ketiga hasil tandukan Wan Zack yang melompat tinggi hantaran S Kunalan dan gol terakhir hasil kebijaksanaan Khiril Muyaimin membawa bola lari masuk ke kotak penalti dan menguis sedikit sahaja untuk gol ke-4 Malaysia. Apapun tahniah buat semua pemain yang telah meredakan sedikit keresahan peminat bola sepak tempatan. Lakukan lagi semangat seperti ini semasa bertemu Indonesia dan kami percaya peluang masih ada untuk kita melangkah ke peringkat seterusnya. Dalam pada itu aku tak pasti kenapa setiap kali Aidil menghalang rembatan lawan mesti masuk gol punyalah tengoklah sendiri berapa banyak gol lawan bila Aidil  tertahan bola reflect dan gol. Aidil perlu belajar cara tahan bola untuk menghalang pemain lawan menghasilkan gol atas kesilapan ini. Memang nampak tidak sengaja tapi kalau dah banyak kali ini bukan satu kebetulan perlu ada cara untuk menghalang bola dari masuk ke gawang sediri. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua pemain Malaysia kerana bekerja keras untuk menghiburkan hati peminat Harimau Malaya.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100