Malaysia Kalah Angkara DR yang pandai berkata-kata manis
Datuk Rajagopal |
3 - 0 apa ni. Mana Datuk Rajagopal yang dulu 2010. Memalukan amat memalukan kekalahan yang tidak dapat diterima oleh aku, pemain Malaysia bermain seperti membuat eksperimen lagi kerana hantaran tidak menjadi, kedudukan pemain terlalu jauh, hantaran jauh yang sia-sia, bek, tengah, dan sayap tidak menjadi langsung serta kecuaian penjaga gol yang nak kawin sangat tu membuatkan kita gigit jari. Gol-gol mudah dilepaskan oleh pemain Malaysia. Tektikal Rajagopal sama serupa seperti sebelum ini tiada perubahan ketika kalah kepada Myanmar, Thailand, seri kepada Hong Kong dan Bangladesh. Singapura menunjukan mereka lebih layak menang kerana kawalan bola dan hantaran yang tepat serta kecekapan penjaga gol mereka. Kalau macam nilah Malaysia lawan Laos nanti aku percaya Malaysia tidak pergi juah ditempat sendiri. Memalukan tapi jalan masih terbuka lagi jika ada kemahuan dan tektikal yang betul oleh Rajagopal. Duhai pemain jangan hampakan harapan mengunung rakyat Malaysia semua buktikan kemampuan. Laos pun boleh kekang Indonesia inikan Malaysia aduhai tangga tercorotlah. Aku rasa kalau ada Rozaimi atau Nazmi Faiz serta muka-muka baru seperti penyerang Nor Farhan, tengah Fiya, sayap Alex (ATM) bagi mengalas impian Malaysia pasti rentak permainan akan berubah. Tapi dah terlambat Datuk Rajagopal untuk tukar pemain. Kali ini bukan untuk Malaysia. Kita hanya ada peluang 50-50 sahaja sekarang ini jika Singapura kalah kepada Indonesia dan kita menang keatas Laos seterusnya kita menang ke atas Indonesia, itu sahaja jalan yang ada sekarang ini untuk menempah 2 tempat dalam kumpulan untuk mara ke separuh akhir jika tidak tunggu la 2014 dengan jurulatih baru dan pemain baru. Adakah nasib Malaysia sama seperti Chelsea yang ditunjukan jalan keluar awal dalam Champion Leauge.