Result & Analisis Malaysia vs Thailand 1st Semifinal

Mat Yo (kiri) diasak pemain Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Hasriyasyah Sabudin
Gol Mat Yo amat dihargai


Malaysia memilih jalan berliku dengan keputusan seri 1-1 dengan Thailand malam tadi. Keputusan ini kurang memberi kelebihan kepada Malaysia yang akan bertandang ke Bangkok khamis ini. Jika diambilkira jaringan di tempat lawan Malaysia perlu mencari 2 gol bila berlawan di Thailand nanti. Malaysia mempunyai banyak peluang terhidang terutamanya Azamudin Akil yang terlepas dari menjaringkan gol jika tidak kita selesa diBukit Jalil. Gol Malaysia dijaringkan oleh Mat Yo (Nurshahrul Idlan Talha) hasil tandukan cantik hantaran dari Mahali Jasuli pada minit ke 48. Amar dan Steven Robart banyak membuat kesilapan ini bukan ragbi nk body contact walaupun bola kat kaki sendiri, kalau tak boleh nak gelecek jangan nak simpan bola baik ko kasi rakan cepat. Gol Thailand dihasilkan oleh penyerang sensasi mereka Terasil Dangda dengan tandukan lambung dipenjuru gol Malaysia. Peluang ke emasan pada masa kecederaan oleh Safee Sali tandukan deras sepatutnya gol tapi berjaya ditepis keluar oleh Kawin keeper Thailand. Misi mesti menang Malaysia jika mahu masuk final diBangkok khamis ini. Pengunaan posisi 4-5-1 nampak berjaya mengawal pergerakan serangan Thailand sehinggalah pada baki 20 minit pertukaran taktik Rajagopal dengan formasi 4-4-2 tidak nampak penguasaan Malaysia tapi Thailand pula yang menyerang kita dan penguasaan bola mereka sehingga dapat menjaringkan gol. Bangkit Malaysia kerana kita masih ada peluang 50-50 lagi untuk layak ke final. Buktikan kemampuan anda bila bermain di Bangkok nanti.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel