Malaysia kalah àngkara pengadilan terburuk
Malaysia pulang dengan hampanya dibangkok setelah tewas 0-2 dengan agreget 1-3 . Kemenangan Thailand atas mutu pengadilan yang teruk setelah pertahanan kita dibuang padang kerana terima 2 kad kuning iaitu Fadli Shas. Corak permainan Malaysia teruk dengan pertahanan yang longgar dengan tiada arah tuju hantaran tidak tepat , semua bahagian kucar kacir. Bek Mahali Jasuli, Aidil, Bunyamin, Amar Rohidan lemah terlalu jauh antara satu sama lain naik sesuka hati sampaikan bila kena counter attack tinggal 1 org jer dah kat bawah mana tak gol. Kesilapan Amar Rohidan membawa padah dengan Dangda membawa bola sesuka hati dia jer dan merembat sampai gol. Sayap tak payah cakap la langsung tiada fungsi, tengah pulak tenggelam punca. Kita banyak melihat lawan membuat hantaran sesama mereka jer tunggu masa kita buka laluan. Aku tengok pemain kita tiada kurang tenaga la pulak. Mahali suka sangat ovelaping sampai atas bila nk kejar dah semput dan Azamudin Akil pulak entah la , Badrol ada peluang main suka hati dia nk makan sendiri sedangkan Mat Yo dah tunggu je hantaran. Secara jujurnya malam tadi permainan Malaysia tektikal yang digunakan 4-5-1 tak menjadi dan letih dengan mutu pengadilan yang hampeh oleh pengadil Korea Lee Min Hu. Tunggu la 2014 nanti dengan pemain baru dan jurulatih baru, ramai lagi pemain Malaysia dalam liga kita yang boleh mengalas cabaran negara pada masa akan datang.