Johor DT Seri Lagi

Johor Darul Takzim melepaskan peluang bermain ditempat sendiri apabila sekadar seri dengan Felda United 1-1. Johor sepatutnya mudah untuk menjinakkan Felda United tetapi aksi terlalu longlai pada malam tadi disebabkan ramai pemain utama tidak dpat diturunkan kerana kecederaan dan juga digantung perlawanan kerana menerima kad. Jika Johor DT menang malam tadi tentu jurang mata dengan pendahulu Lions XII dapat dikecilkan tetapi sayang jurang mata masih sama 4 mata setelah Lions XII seri lagi dengan Perak 1-1. Baki perlawanan tinggal 2 sahaja adakah mampu JDT untuk merangkul kejuaraan Liga Super masih menjadi tanda tanya sedangkan Lions sudah memastikan sebelah kaki untuk menjuarai Liga Super kali ini jika mereka menang baki perlawanan. Memang hampa 3 game terakhir JDT berkesudahan dengan seri jika menang tentu JDT sekarang berada ditakhta liga. Lupakan liga buat waktu ini tumpuan pastinya pada Final Piala FA yang akan berlangsung pada 29 Jun 2013 menentang Kelantan yang terus melakar kemenangan dalam Liga Super.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100