Kereta SUV Audi Q7 untuk pemain terbaik Johor DT

Johor Bahru: Setiap seorang daripada dua pemain terbaik Johor Darul Takzim (DT) musim ini akan menerima ganjaran masing-masing sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 berharga RM550,000.

Ganjaran yang diumumkan menerusi kenyataan media oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam itu sebagai motivasi tambahan buat pemain Johor DT mempamerkan aksi cemerlang sekali gus menjuarai Piala FA ketika bertemu Kelantan pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Sebelum ini, pasukan itu turut dijanjikan bonus lumayan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sekiranya muncul juara Piala FA.


Sekiranya Johor DT menjuarai Piala FA, PBNJ akan memberi bonus yang lumayan kepada skuad itu dan skuad Liga Perdana, Johor. Dua pemain terbaik musim ini daripada Johor DT pula masing-masing akan menerima ganjaran sebuah SUV Audi Q7, katanya

Elak kecoh, provokasi

Tunku Ismail yang juga Presiden PBNJ turut menyeru penyokong Johor DT sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku ketika hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir itu, malam esok, serta perlawanan akan datang yang membabitkan pasukan itu.

"Elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi. Sentiasa patuh kepada arahan pihak keselamatan yang bertugas.
Saya berharap penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan, katanya yang akan mengadakan perjumpaan ramah mesra dengan penyokong Johor DT dan Kelantan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan, Seremban, esok.
AUDI Q7

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100