RUANG PENGIKLANAN



Rabu, 31 Julai 2013

Biadap dan menghina sungguh video terbaru menghina Islam

Belum pun reda dengan kes sebelum ini tentang video menghina islam kali ini muncul lagi video yang menghina islam dimana seorang menyambut aidilfitri bersama anjing.Video itu yang menggunakan latar bunyi takbir raya menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya.Babak sensitif dan menghina Islam dalam video berkenaan bermula dengan aksi individu berkenaan memakai baju Melayu hitam membasuh kaki seekor anjingnya dan kakinya sendiri seolah-olah berwuduk. Individu terbabit kemudian meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya.Video berkenaan yang diakhiri dengan pesanan ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul’ yang merujuk kepada manusia dan anjing.

* Sumber Berita Harian



dia ni keturunan apa buat malu kaum sendir jer ? Melayu

jantina apa ? Wanita/perempuan/tomboy


Tak sudah-sudah pasal menghina Islam bagaikan satu barah yang bahaya jika berterusan umat Islam diMalaysia dihina sedemikian. Aku rasa ini sudah lebih apabila dengan selamba membuat kacau menguris hati dan perasaan umat Islam terutamanya kaum melayu. Jangan mencabar kami aku dah lama dok nengok perangai korang ini dah naik tocang nampak. Kepada semua keluarga seislam ku ayuh kita bersatu mempertahankan agama ISLAM yang suci ini dari diperkotak-katikkan oleh orang yang cuba menghuru-harakan keamanan yg kita kecapi sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekapur sirih seulas daun palas, sudah baca harap berbalas-balas.

LinkWithin