Liga Super JDT seri dengan Lions XII
Perlawanan ketiga dalam liga Super antara JDT dengan Lions XII memberikan tanda aras kepada JDT musim ini. Apa sudah jadi dengan permainan JDT yang dilihat terlalu selesa seperti sudah menang besar dengan pasukan pelawat. Permainan bersahaja dan sambil lewa memakan diri apabila sudah mendahului dengan 2-0 tetapi dalam masa 2 minit sahaja pintu gol yang dikawal oleh Razlan Razali bocor dek kealpaan benteng pertahanan yang longgar walaupun dibarisi bintang-bintang benteng Harimau Malaya. Sikap macam dah menang jer macam selesa jer dan tiada kesungguhan pemain dilihat punca permainan JDT terlalu suram. Jika dilihat separuh masa pertama JDT menguasai permainan tetapi separuh masa kedua JDT seperti hilang tumpuan dan keletihan sehinggakan pemain Lions XII mudah mengawal bola dan hampir mengalahkan JDT dengan serangan kilat mujurlah penjaga gol dapat menguis sedikit bola dari kaki Safuan Baharudin jika tidak JDT pasti malu kalah di laman sendiri. Lagi satu mutu pengadilan malam tadi boleh diragui kerana keputusan memberi kad yang tak wajar dan permainan kasar oleh pemain Lions XII keatas pemain JDT perlu dilihat dengan semula. Keputusan penuh perlawanan 2 - 2 dan kedudukan dalam liga JDT berada ditangga ke 6 dan Lions XII ditempat ke 7. Jurulatih Jaminez perlu membuat sesuatu kelainan formasi dan menyusun semula permainan dengan berani memasukan pemain yang belum pernah turun seperti Safee Salee, Mat Yo , Irfan Fazail, Fazli Shaz, penjaga gol Harimau Muda Izham Tarmizi. Perlu rombakan tektikal dibuat bagi memastikan JDT menang dalam setiap perlawanan selepas ini. Jika corak permainan sama ditunjukkan sepanjang masa untuk merangkul gelaran piala sukar untuk didakap. Terus terang aku tak suka cara jurulatih baru JDT mengenai corak permainan JDT tahun ini yang terlalu "gah" dengan pemain bintang yang ada. Sila ubah segera jika mahu kami terus menyokong pasukan. Kepada pemain bermain bersungguh-sungguh demi maruah nama anda dan negeri Johor Darul Takzim. LUASKAN KUASAMU.
Jom lihat game