RUANG PENGIKLANAN



Isnin, 26 Oktober 2015

JDT Masuk Final Piala AFC pada 31 Oktober 2015



 TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG DAN PENAJA

Perjalanan menuju perlawanan akhir Piala AFC merupakan suatu perjalanan yang amat mencabar. Lebih mencabar lagi bagi JDT memandangkan ianya kali pertama JDT bersaing dalam kejohanan ini. Namun begitu, segala usaha kita telah membuahkan hasil, dan layak ke peringkat akhir adalah satu pencapaian yang hebat. Semua ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan para peminat dan penaja kita. Setinggi-tinggi penghargaan daripada saya kepada semua penyokong dan penaja sekalian.

Saya juga ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang akan berangkat ke Tajikistan untuk menyaksikan detik yang amat bersejarah ini, terutama sekali bagi seluruh rakyat Johor.

Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada seluruh penyokong dan para penaja JDT.

DYAM BRIGADIER JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR.


1 ulasan:

Sekapur sirih seulas daun palas, sudah baca harap berbalas-balas.

LinkWithin