RUANG PENGIKLANAN



Isnin, 26 Oktober 2015

Vape atau rokok elektronik diharamkan!



IPOH – Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan penggunaan vape atau rokok elektronik sebagai haram.

Menurut pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, keptutusan itu dibuat mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah pun diputuskan sebelum ini.

Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.

Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan maklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita telah mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu,” katanya memetik Utusan Online



1 ulasan:

Sekapur sirih seulas daun palas, sudah baca harap berbalas-balas.

LinkWithin