Catatan

Keputusan FAM kes pergaduhan JDT dan T-Team

Masih menunggu lagi keputusan FAM tentang siapa yang bersalah sehinggakan perlawanan antara JDT dan T-team tertangguh. Apa yang diputuskan FAM nanti bakal merubah senario bolasepak Malaysia keseluruhannya. Kepada pemain dan penyokong kedua-dua belah pihak harap dapat bersabar, harap FAM dapat memberi kata putus. *INFO  TERKINI Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat JKPT Khas telah mengambil keputusan kemenangan diberikan kepada JDT 3-0.

Nikon D3300

Imej
Nikon keluarkan variasi baru model D3XXX dengan keluaran terbaru D3300 yang memiliki 24.2 effective megapixels serta Picture Control dan 13 special effects modes. Iso D3300 juga dipertingkatkan kepada 100 – 12800. Nikon D3300 juga dapat mengambil 5 frames per second. Kalau model abangnya yang awal tidak boleh ambil video tetapi model ini boleh dengan Full HD movie recording with 1080/60p support. Variasi Nikon D3300 ini didatangkan dengan 3 warna yang menarik black, red dan grey. Harga belum diperolehi mungkin harga dalam RM 2XXX Red Black Grey

LG G3 Awesome

Imej
Perghhhh mantop plak aku tgk LG G3 baru ni. Apa pendapat korang pasal hpone LG ni, kalau ikutkan tenologi skrin memang LG terbaik n banyak syarikat telefon lain yang menggunakan skrin dari LG ni. Telepone LG pun boleh tahan juga dengan ciri-ciri yang amat menarik dengan skrin 5'5 inci besar sedap la kat tangan serta butang kat belakang casenya memudahkan untuk ambil gambar selfie dan banyak lagi la. Kita tunggu jer tak lama lagi keluar tu. tapi jangan sudah aku bagi gambar dia  kat sini untuk anda.

Kawalan keselamatan termantop! di Stadium Darul Makmur

Ni lagi kelakar ni belum apa-apa lagi pengurusan Stadium Darul Makmur membuat kejutan dengan hanya memberikan tiket sebanyak 100 sahaja kepada penyokong JDT yang mahu ke stadium. Apa sudah jadi ni nampak sangat takut ni . Penyokong JDT bukan jahat la kenapa la buat macam nie sampai kerahkan polis seramai 784 orang untuk menjaga 100 orang penyokong JDT itupun kalau datang. Sekarang ni tengah panas..so kes belum reda depa ingat orang Johor ni jahat sangat semuanya ker..Come onnnnnnnn la ... kita orang nak tgk bola je, bukan tgk sarkis main or tengok ratu dunia gelek tengah padang. Nasib la JDT inilah resam dunia...tak sabo nk dengar keputusan FAM esok apa ya............ keputusan FAM memihak kepada? JDT jugak yang kena....

Insiden Pergaduhan Piala FA JDT vs T-Team

Apa sudah jadi ni apabila permainan antara JDT dan T-Team tertangguh di Stadium Larkin setelah tamat separuh masa pertama sahaja. T-Team tidak mahu bermain dan terus balik ke Terengganu. Perlawanan ditangguh hingga hujung ....? Keputusan FAM akan diketahui pada khamis ini siapa yang bersalah dalam ensiden ini dan denda yang akan dikenakan kepada JDT dan juga T-Team. Keputusan semasa dimana JDT 2 - T-Team 1.  Punca sebenar masih tidak di ketahui bagaimana kekecohan ini bermula siapa mulakan dahulu provokasi. Kita tunggu sahaja khamis  ini moga semua pihak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat FAM khamis ini.

Liga Super JDT seri dengan Lions XII

Imej
Perlawanan ketiga dalam liga Super antara JDT dengan Lions XII memberikan tanda aras kepada JDT musim ini. Apa sudah jadi dengan permainan JDT yang dilihat terlalu selesa seperti sudah menang besar dengan pasukan pelawat. Permainan bersahaja dan sambil lewa memakan diri apabila sudah mendahului dengan 2-0 tetapi dalam masa 2 minit sahaja pintu gol yang dikawal oleh Razlan Razali bocor dek kealpaan benteng pertahanan yang longgar walaupun dibarisi bintang-bintang benteng Harimau Malaya. Sikap macam dah menang jer macam selesa jer dan tiada kesungguhan pemain dilihat punca permainan JDT terlalu suram. Jika dilihat separuh masa pertama JDT menguasai permainan tetapi separuh masa kedua JDT seperti hilang tumpuan dan keletihan sehinggakan pemain Lions XII mudah mengawal bola dan hampir mengalahkan JDT dengan serangan kilat mujurlah penjaga gol dapat menguis sedikit bola dari kaki Safuan Baharudin jika tidak JDT pasti malu kalah di laman sendiri. Lagi satu mutu pengadilan malam tadi bo...

Juara Lagu 28 Milik Hafiz

Imej
Memang tuah nama Hafiz ini sebut apa sahaja pertandingan mesti dia menang itulah kelebihan suara Hafiz yang muncul juara buat kali yang banyak kalilah jadi juara AJL ni. Hafiz menang persembahan terbaik dan Juara Lagu ke 28 Bahagiamu Deritaku