Catatan

TMJ meletak jawatan JDT menang lagi

Isu hangat tentang TMJ meletak jawatan sebagai Presiden Bolasepak Negeri Johor menjadi bualan hangat dan JDT terus mengukuhkan kedudukan dengan kemenangan ke atas Selangor 3-1 malam tadi. Tahniah hadiah yang amat bernilai buat TMJ .

KEPUTUSAN Malaysia vs Hong Kong 6.6.2015

Perlawanan kelas A antara Malaysia dengan Hong Kong berkesudahan dengan seri sahaja. Hai lawan Hong Kong je pun x leh nak makan macamana ni lepas ni lawan Timur Lester pulak apa la nasib pulak ya. Untuk kelayakan piala dunia akan menentang Palestine pulak tu entahlah nk kata apa tengok ajalah klu ada siaran kat TV. Sekarang ni nk tengok bola Malaysia lawan memang sangat susah langsung x der kat tv sebab FAM takut kena kutuk kot. Jurulatih Dollah Salleh perlu buat sesuatu dan pemain perlu bekerja lebih keras demi menaikkan rangking yang dah jatuh merundum berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain.

Gempa Bumi Di Sabah 5.9 terkuat setakat ini

Imej
Takziah buat mereka yang terlibat dengan gempa bumi di Ranau Sabah. Ini merupakan gempa yang terkuat pernah melanda Sabah dan melibatkan kematian. Kebanyakan yang mati adalah di Gunung Kinabalu . Ada yang mengatakan punca gempa bumi ini adalah akibat dari perbuatan pendaki dari luar negara yang bergambar bogel di atas gunung Kinabalu. Apa kes la korang ni nak berbogel kat rumah jer la ni kat atas gunung pun nk bogel aduiii x hormat langsung. Gunung Kinabalu Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau pada 7.15 pagi semalam dengan gempa susulan dirasai di beberapa kawasan termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud, mengorbankan 13 nyawa setakat ini. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59722 Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau pada 7.15 pagi semalam dengan gempa susulan dirasai di beberapa kawasan termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud, mengorbankan 13 nyawa setakat ini. Selanjutn...

PANAS! PIALA FA KE SINGAPURA

Imej
Apa dah jadi ni macamana Piala FA 2015 ni boleh terlepas ke Singapura pulak hehehe dah depa menang malam tadi so bawak balik la piala tu tunggu tahun depan la baru ambil balik sebab tahun depan team Singapura dah tak de lagi dalam liga kita ni hehehe. Tahniah buat Fandi Ahmad kerana berjaya mendidik pemain anda supaya untuk berjaya. Buat Kelantan tahniah juga cuba lagi tahun depan ya. Kelantan kalah 1-3 . Piala ini milik LION XII

Fahrin Ahmad dah sah berkahwin pada 9/5/2015

Imej
Tiada angin tiada berita tiba-tiba hari ini sah Fahrin Ahmad sudah berkahwin dengan gadis yang bernama Elena Hani Eleas. Semoga pasangan bahagia ini kekal hingga ke akhir hayat. Yahooo saya dah berkahwin akhirnya Inilah pasangan Fahrin Ahmad iaitu Elena Hani Eleas

Kereta MyVI satu kereta yang laju

Imej
Anda pernah lihat kereta MYVI dipandu laju macam cerita FAST & FURIOUS 7 sebab tu la rakyat Malaysia suka kereta ni sebab kelajuan yang boleh buat berlumba. Tak sangka la kereta buatan Malaysia ni memang menjadi pujaan hati rakyat Malaysia sebagai kereta yang paling banyak terjual. Alkisah sebabkan kereta ni satu Malaysia semua cerita pasal ketera MYVI disebabkan kes kemalangan yang berlaku menyebabkan kematian satu keluarga dan menjadikan 2 anak mangsa menjadi anak yatim. Kes lumba kereta MYVI  menjadi hangat diperkatakan setiap hari tetapi masih belum selesai lagi dan siapakah mereka2 yang berlumba itu masih dalam siasatan polis. Kepada mereka yang menyebabkan kemalangan ini tampil ke depan untuk menyerah diri dengan segera agar tidak berlarutan lagi. Takziah buat ahli keluarga yang terlibat moga tabah menghadapi dugaan ini. Ramai artis dan juga menteri2 turun padang melawat anak2 mangsa. Cantik tak n power untuk RACE

GST 1 April 2015 bermula seluruh Malaysia

Imej
  1 April satu tarikh yang pastinya akan diingati oleh rakyat Malaysia kerana tarikh ini akan memberikan satu dimensi baru dalam kehidupan berbelanja di Malaysia. Pembelian panik rakyat apabila membeli keperluan harian mahupun barangan disaat akhir sebelum perlaksanaan GST bagi mendapat harga yang lebih murah. Rata-rata rakyat masih menganggap GST akan menambah beban perbelanjaan mereka. Bagi semua selamat berGST lah kita bagi membangunkan negera kita yang tercinta ini. Sampai bila kita mahu dibebani hutang yang bertambah dikala semua benda naik harga dengan gaji yang sama. Rakyat terbeban lagi sekali walaupun katanya BR1M dapat membantu meringankan beban. Bukan semua rakyat menerima BR1M ini. Demi negara tercinta ku sanggup renangi jua walaupun disudut hati ini tak suka.