Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Thailand



Perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Thailand berakhir dengan kekalahan 0-2. Separuh masa pertama nampak dikuasai oleh Thailand dan mendapat jaringan pertama pada masa minit 26 perlawanan hasil sepakan sudut dengan penjaga gol kita Farizal Marlias keluar dari kawasan cuba menumbuk keluar tetapi tak kena dan pemain Thailand dapat menanduk masuk bola. Pemain kita nampak tidak dapat mengawal bola dengan bola tersangkut . Benteng pertahanan kita bekerja keras dan  Rajagopal mesti melakukan sesuatu yang ajaib bila game sebenar berlangsung nanti kerana banyak kelemahan yang ketara setiap posisi dan penjaga gol, petahanan, sayap, tengah dan serangan yang tidak mantap.Separuh masa kedua nampak seperti seimbang permainan antara Malaysia dan Thailand namun seorang pemain Thailand telah dibuang padang menjadikan tinggal 10 orang sahaja. Tapi pemain kita tidak mengambil kesempatan atas kekurangan ini tapi Thailand pula yang menyerang bertubi-tubi ke kubu Malaysia dan akhirnya 1 lagi gol dihasilkan pada minit akhir perlawanan. Thailand terus melebarkan jurang menerusi serangan balas pantas minit ke-80, dan skuad negara semakin tertekan apabila tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dibuang padang lima minit kemudian. Azamudin dan S Kunalan tidak menjadi dengan larian dan hantaran yang mengecewakan. Kemasukan pemain gantian seperti Badrul Bahtiar dan Fakir Sharani nampak pergerakan serangan tersusun sedikit. Safee Sali dan Mat Yo hanya berlari-lari untuk mendapatkan bola tanpa ada hantaran kepada mereka dan terpaksa dikeluarkan kerana bahagian tengah tidak menjadi langsung Gary Stephen Robart. Rajagopal harus melakukan sesuatu sebelum Piala AFF bermula. Keputusan akhir Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand.Selepas ini 1 lagi perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada rabu minggu depan sebelum sepak mula Piala AFF 2012 di Stadium Shah Alam. Jika tewas lagi rangking FIFA kita turun lagi kepada 163 sekarang ini.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100