Sistem aduan 1 Malaysia

Sungguh penat aku hari ini hampir 1 hari berada dihospital sebab ada temujanji anak disana. Cuba bayangkan hanya untuk menunggu pendaftaran masuk sahaja hampir 2 jam 30 baru dipanggil untuk daftar belum lagi untuk pergi x-ray terpaksa tunggu lagi 2 jam lebih untuk tiba giliran. Dah selesai buat x-ray nak jumpa doktor pulak nak tahu berapa lama hampir 3 jam pulak nak tunggu tu pun aku redah jer jumpa doktor sebab nombor giliran aku tak naik-naik kat led merah tu. Masuk dalam pulak tengok tiada siapa nak uruskan kad anak aku sampaikan doktor carikan kat atas meja. Aku tak paham sistem yang digunakan kat hospital kerajaan ni la sampai lama sangat nak tunggu giliran, semua guna komputer bukan manual pun. Yang aku pelik doktor yang nak periksa hanya 1 orang sahaja yang lain kemana. Siap nurse tu cakap kalau doktor tu masuk bilik bedah so kena tunggu selesai la baru boleh jumpa mau pukul berapa pulak nk jumpa doktor tu. Yang nurse pun nampak macam ramai tapi aku tengok tak terurus. Stress yang amat teruk bila aku datang hospital ni. Ramai yang marah-marah masa tunggu giliran ye la nombor tak naik-naik untuk dipanggil dah la buang masa yang lama hanya nak tunggu giliran nk jumpa doktor yang hanya tak sampai 5 minit pun. Bukan sekali tapi dah berkali-kali terkena bila datang hospital ni yang terletak di selatan ni. Tolonglah ubah sistem anda ini supaya lebih pantas. Yang aku tak tahan marah tu sebab orang yang datang lewat dari aku pun boleh potong aku punya giliran tu sebab apa ada kroni-kroni ker. Tolonglah dengar rintihan pengguna seperti aku ni dan ramai lagi pesakit-pesakit yang datang. Ramai dah aku dengar tentang hospital ini orang merungut terlalu lama menunggu gilirannya, layanan yang ehem..ehem... dan taubat tak mahu datang lagi kesini. Tolong siapa yang berkenaan buatlah sesuatu agar pesakit yang datang dan juga yang bawak balik dengan senyuman bukan sumpah seranah dan  maki hamun. Jika anda disana dan terasa seperti aku yang terseksa berada dihospital ini sila beri komen anda apa yang perlu dilakukan.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel