Ong Kim Swee ganti Datuk K Rajagobal?
Kuala Lumpur: Pengendali skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee
bersedia memikul tanggungjawab mengendali skuad kebangsaan menggantikan
Datuk K Rajagobal andai mendapat kepercayaan Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM).
Bagaimanapun, Kim Swee tidak mahu membuang masa memikirkan perkara itu kerana fokus utama sekarang ialah mempertahankan pingat emas Sukan SEA, tahun depan.
“Terpulang kepada FAM,” kata Kim Swee. “FAM berhak tentukan hala
tuju skuad kebangsaan dan sebagai jurulatih di bawah badan induk itu,
saya hanya menurut arahan diberi,” katanya semalam.
Nama Kim Swee antara yang disebut-sebut layak mengisi jawatan ketua jurulatih kebangsaan jika FAM tidak menyambung kontrak Rajagobal yang akan tamat hujung tahun depan.
Namun, sudah timbul desakan menuntut Rajagobal mengundur diri lebih awal selepas gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF tahun ini walaupun sasaran sebenar buat pengendali itu ialah Kelayakan Piala Asia 2015.
“Fokus utama saya ialah mengekalkan emas Sukan SEA, itu adalah KPI (Petunjuk Prestasi Utama) saya,” kata Kim Swee. “Mempertahankan kejuaraan memang sukar, dan mempertahankan kejuaraan buat kali kedua jauh lebih sukar.
“Saya dan barisan jurulatih Harimau Muda A sudah mula merancang strategi sejak mempertahankan emas di Jakarta tahun lalu, dan baki kurang setahun ini cukup penting bagi memastikan skuad muda kebangsaan tampil lebih mantap berbanding edisi sebelumnya.”
Bagi Kim Swee, reputasi sebagai jaguh Asia Tenggara selepas menjadi satu-satunya pasukan dari rantau ini mara ke pusingan terakhir kelayakan Olimpik lalu, perlu dikekalkan dengan melipat gandakan usaha dan persediaan pasukan.
“Kita tidak boleh hanya memikirkan kejayaan kita, pasukan lain juga berusaha mempertingkatkan prestasi mereka dan sebagai juara, kita perlu memastikan usaha yang kita letakkan setingkat lebih tinggi,” katanya.
Kaji prestasi lawan
“Sebab itu saya tidak melepaskan peluang apabila menyertai kejohanan-kejohanan kecil di rantau ini. Selain mendedahkan pemain baru kepada kejohanan antarabangsa, saya juga mahu menilai prestasi bakal pencabar kita.
“Tempoh tiga bulan terakhir adalah paling penting di mana saya tidak boleh lagi menguji pemain. Ketika itu sepatutnya kita sudah mempunyai pasukan mantap untuk temasya berkenaan.”