Piala Liga Super 2013 MSL Milik Lions XII

Tahniah buat skuad Lions XII kerana berjaya merampas piala Liga Super MSL 2013 walaupun berbaki 1 lagi perlawanan dengan 43 mata. Semalam Lions XII membelasah Felda United 4-1 di Stadium Jalan Besar dan menjadi juara kali ini . Ini memang satu yang memalukan buat bola sepak Malaysia kerana gagal menyekat kemaraan Lions XII. Kegagalan pasukan-pasukan bola sepak untuk mengatasi semangat yang ada pada pemain Lions yang bermain dengan bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanan. Ini yang sepatutnya kita ada tetapi itu semua hanya poyooooooooooo. Johor dan Selangor berkongsi mata di tempat ke 2 & 3 dan perlu menang dalam perlawanan akhir di Stadium Larkin pada sabtu ini. Siaran Langsung dari Astro Arena 801.

Liga Super ke Singapura
PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bersama pemain meraikan kemenangan pasukan Lions XII yang menewaskan Felda United 4-0 pada perlawanan Liga Super 2013 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100