Tahniah Kelantan Juara Piala FA 2013

Malam 29 Jun 2013 menjadi saksi Kelantan menjadi juara buat kali ke-2 berturut-turut selepas tahun lepas megalahkan Sime Darby kini Johor DT pula menjadi mangsa 1-0. Permainan awal Kelantan yang menguasai babak pertama membolehkan mereka mendahului pada minit ke-16 hasil jaringan Norfarhan hasil kealpaan benteng pertahanan Johor DT. Ketiadaan Aidil amat dirasai oleh benteng pertahanan Johor DT yang diasak bertalu-talu mujurlah kecekapan Al Hafiz menyelamatkan banyak percubaan tepat penyerang Kelantan. Pertukaran pemain dilakukan segera oleh Fandi Ahmad bagi menguatkan jentera tengah tapi tidak dapat membuahkan apa-apa hasil dengan hantaran tiada arah tuju, hilang bola, dan membiarkan penyerang tidak dapat bola. Apapun tahniah ini satu permulaan bagi bola sepak Johor yang sudah lama tenggelam sejak era Abbas Saad dan Darren Stewart. Cuba lagi tahun depan ya Johor DT . Liga Super yang berbaki 2 perlawanan dengan ketinggalan 4 mata dari pendahulu Lions menyukarkan untuk Johor menjulang kejuaraan kali ini hanya keajaiban dan kekuasaan-Nya jika Lions XII kalah pada 2 perlawanan akhir nanti barulah boleh bergelar juara. Tahniah juga kepada Brazil yang mengalahkan Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Konfederasi dengan 3-0.
Kelantan Juara Piala FA 2013

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100