Nazri Ahmad Pemain TRW ke Selangor Cuba teka

Nazri ikat kontrak dua pasukan hadapi  Liga-M 2014 
 Nazri (kiri) kembali ke pangkuan Selangor tetapi semalam dilihat bersama skuad Kelantan.
 
Bekas pemain pertahanan Johor Darul Tazim (JDT), Nazri Ahmad mengundang padah kerana mungkin dikenakan hukuman penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas menandatangani kontrak dengan dua pasukan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Nazri, 23, yang tidak dilanjutkan kontrak untuk terus bersama JDT, bertindak menandatangani kontrak bersama pasukan negeri kelahirannya, Selangor beberapa minggu lalu.
Bagaimanapun, semalam Nazri membuat kejutan apabila hadir pada majlis memperkenalkan barisan pemain Kelantan untuk musim depan di sini dan turut diperkenalkan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebagai salah seorang pemain baru skuad The Red Warriors (TRW).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan Nazri sudah menandatangani kontrak bersama Selangor dan sijil perpindahannya juga sudah diperoleh dari Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Memang Nazri sudah menandatangani kontrak bersama kami beberapa minggu lalu. Kontraknya bermula 1 Disember 2013 dan Sijil Perpindahan Negeri pun sudah kami peroleh dari PBNJ, katanya semalam.

Ternyata Nazri yang menandatangani kontrak bersama Selangor dengan gaji bulanan RM18,000 bertindak kurang bijak apabila menandatangani pula kontrak bersama Kelantan dengan gaji dikatakan bernilai RM25,000 sebulan.
Sementara itu, Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad yang berang dengan tindakan Nazri itu berhasrat melaporkan kes berkenaan kepada Jawatankuasa Status FAM.

Perbuatan Nazri ini dianggap seperti tiada maruah kerana dia tidak boleh membuat pusingan U dengan menyertai Kelantan.

Apakah kontrak FAS ini seperti mainan yang mana pemain begitu senang memperkotak-katikkan perjanjian yang sudah ditandatangani? FAS pasti akan menuntut keadilan.

Ini satu kesalahan yang serius dan pihak kami (FAS) akan membawa perkara ini ke pengetahuan FAM esok (hari ini), katanya. 

* Berita Harian


##### Apalah kau Nazri nak kejar sangat duit ha..... ambil kau..nampak sangat mata duitan jer kau ni...dari boleh main mayb kena gantung terus dari main bola aduiiiiyai kan dah terkena batang hidung sendiri.

Tapi kalau anda nak buat duit klik sini pulak

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100