Pasangan Pelajar Muatnaik gambar Ghairah dalam Facebook
Gambar pasangan terbabit yang kelihatan berbogel itu, dipercayai dirakam ketika menginap di sebuah pusat peranginan negeri itu, sebelum dimuat naik menerusi akaun Facebook milik pelajar perempuan berkenaan.
Selain gambar terbabit, pelajar perempuan itu turut memuatkan
kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
antara lain turut menyifatkan denda RM3,000 tidak menghalangnya daripada
berkhalwat.
Tak hormati undang-undang
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya hanya boleh memberi pandangan tetapi tindakan undang-undang terhadap pasangan terbabit tertakluk kepada JAIP.
Pasangan itu boleh ditangkap JAIP untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah negeri berkenaan.
Sikap begini mencerminkan kerendahan moral individu itu kerana mereka bukan saja tidak menghormati undang-undang syariah, malah memalukan universiti dan keluarga masing-masing.
Ia juga menggambarkan pasangan itu tidak memiliki pemahaman Islam yang sempurna.
**** Adik kenapa adik jadi macam ni adik tak takut ke ?
Setiap perbuatan kita ada balasannya bukan mainan tapi pasti. Baik buruk adik tentukan, kita yang diluar kena menegur atas kesalahan yang dilakukan. Bertaubatlah.