RUANG PENGIKLANAN



Isnin, 2 Februari 2015

Harga Minyak Ron 95 dan Ron 97 turun lagi


minyak turun Februari

Yahoo harga minyak turun lagi alhamdulillah, tapi yang tak bestnya harga minyak dah turun banyak dah ni tetapi harga barangan tak juga turun-turun sama jer dan semakin naik pula. Apa alasan peniaga-peniaga dan pengeluar-pengeluar barangan keperluan untuk tidak menurunkan harga barang sekarang. Bila harga minyak naik bukan main laju peniaga-peniaga naikkan harga makanan tetapi bila harga minyak jatuh tak pula berduyun-duyun nak turunkan harga makanan. Siapa yang salah dalam hal ini, kerajaan mesti memaksa peniaga-peniaga untuk menurunkan harga barangan dipasaran. Sampai bila perkara ini akan selesai, pengguna sentiasa terkena dengan tidakan turun naik harga minyak ini. Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekapur sirih seulas daun palas, sudah baca harap berbalas-balas.

LinkWithin