JDT Juara Piala Sumbangsih 2015 dan TIFO FAM

 

JDT juara piala Sumbangsih 2015


Dalam perlawanan malam semalam, JDT menang dalam merebut Piala Sultan Ahmad Shah dengan keputusan 2-0. Corak permaianan JDT musim ini nampak berbeza dengan hantaran kemas dan tidak terburu-buru dalam melancarkan serangan. Kombinasi pemain lama dan pemain baru yg diserapkan Bojan nampak menjadi.

Disebalik kemenangan JDT terpalit pula dengan isu kain rentang yang memaparkan gambar anjing yang ditujukan kepada kepimpinan FAM. Ketidakpuasan hati penyokong tempatan terhadap kepimpinan FAM menjadikan mereka menunjukkan dengan cara sebegitu bagi membuka mata kepimpinan tertinggi FAM. Walaupun tindakan mereka nampak biadap tp jika diteliti dengan hati terbuka mereka harus sedar peminat sangat sayangkan bolasepak tempatan agar berubah dan menjadi kuasa bolasepak asia atau dunia suatu hari nanti. 

 
Inilah kain rentang yang dipamerkan oleh penyokong yang tidak berpuashati dengan FAM

 Apa yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos semalam iaitu isu kain rentang bergambar anjing itu adalah sikap segelintir penyokong yang tiada sifat bertanggungjawab, tiada adab, kurang berdisiplin, tidak peka dan tidak sensitif.


Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100