Rasuah terbesar RM112 juta pernah ditangkap oleh SPRM

Gila duit banyak macam ni dipercayai sejak 2010


SPRM rampas wang tunai RM112 juta, sembilan kereta mewah, barangan kemas dan geran tanah susulan tangkapan empat individu berhubung kes rasuah projek RM3.3 bilion.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata rampasan itu dibuat daripada seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi awam itu selepas mereka ditahan SPRM semalam.
"Hasil siasatan, SPRM merampas RM75 juta daripada pejabat, rumah dan akaun bank kedua-dua suspek tersebut dan keluarga mereka," katanya pada sidang berita mengenai kes itu di sini, hari ini.  
Susulan penahanan kedua-dua suspek itu, katanya SPRM turut menangkap seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dan akauntannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan mereka.  
Beliau berkata penangkapan 'Datuk' dan akauntannya itu membolehkan SPRM menyita kira-kira RM37 juta daripada akaun sebuah syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan seorang daripada pegawai kanan agensi awam itu. - Bernama

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100