Canon DSLR EOS 70D baru

Canon tampil lagi dalam bidang pengimejan bersama kamera DSLR EOS 70D yang bercirikan sistem CMOS AF Dwi Piksel baru untuk fokus kepada imej lebih pantas ketika merakam video menyamai fungsi ketika merakam foto.
Ia turut dikuasakan prestasi dan imej berkualiti tinggi menggunakan sensor CMOS APS-C baru beresolusi 20.2MP dan pemprosesan imej DIGIC 5+. Sistem CMOS AF Dwi Piksel yang baru diperkenalkan memasukkan teknologi fokus auto (AF) yang dimasukkan dalam sensor merakam kualiti video menyamai kualiti kamkorder.

Pada masa sama, ia turut memampatkan sistem Live View AF yang mengurangkan masa fokus bagi kelancaran ketika merakam.

Ia turut dilengkapi transmiter tanpa wayar di mana pengguna boleh muat turun aplikasi EOS Remote di Apps Store atau Google Play bagi memindahkan foto serta video dari kamera ke peranti lain. Aplikasi sama juga membenarkan kawalan apertur, kelajuan shutter dan ISO terus dari telefon pintar anda.
FotoCANON EOS 70D

Prestasi memberangsangkan dengan sensor APS-C Canon CMOS yang digabungkan dengan DIGIC 5+ serta ISO 100-12800 menghasilkan imej terperinci, tajam walaupun dalam pencahayaan rendah serta merakan pada 7.0 kerangka sesaat (fps).

Fokusnya pula dibantu 19 poin AF manakala mod auto pintar membantu pengguna yang baru menggunakan kamera DSLR.
EOS 70D (Body) - Canon Malaysia - Personal

INFO

CANON EOS 70D

Harga: Tidak diperoleh
Resolusi: 20.2MP APS-C ‘Dual Pixel CMOS AF’
Pemprosesan: DIGIC 5+
ISO: 100-12800 standard
Rakaman: 7fps, 65 JPEG / 16 RAW
Sistem AF: 19-point
Skrin: 3 inci ClearView II LCD
Kad: SD/SDHC/SDXC

* Sumber Harian Metro

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100