Sony Xperia Z Ultra 6.4 inci
Peminat telefon pintar yang selama ini berhasrat untuk memiliki
sebuah telefon pintar yang turut mempunyai ciri tablet boleh tersenyum
lebar apabila Sony Mobile Communication (Sony) melancarkan produk
terbaru mereka yang menggabungkan dua ciri itu.
Pada 25 Jun lalu, Sony secara rasminya melancarkan produk terbarunya Xperia Z Ultra untuk pasaran Asia Tenggara yang menawarkan skrin definisi tinggi (HD) terbesar di dunia dengan saiz 6.4 inci menggunakan teknologi Triluminos yang dapat menghasilkan imej lebih jelas dan terperinci.
Bagi menambahkan keselesaan dan gaya kepada pemiliknya, Xperia Z
Ultra dicipta dengan saiz senipis 6.5 milimeter (mm) dan seberat 212
gram (g).
Tidak seperti telefon pintar lain, produk ini tidak didatangkan dengan stylus kerana pengguna boleh menggunakan pensil mahupun pen untuk melukis atau menulis di atas skrinnya dan ini adalah ciri unik yang terdapat pada produk ini.
Untuk mengekalkan prestasi seiring dengan produk lain di pasaran, Xperia Z Ultra menggunakan sistem pemprosesan Quad Core 2.2GHz dengan storan dalaman sebesar 16 gigabit (GB).
Walaupun menampilkan beberapa teknologi dan ciri baru, produk ini hanya didatangkan dengan kamera tanpa flash untuk resolusi 8 Megapixel (MP) di bahagian belakang dan 2 MP di bahagian hadapan.
Peminat Xperia Z Ultra dijangka dapat memiliki telefon ini sekitar penghujung Julai ini atau selewat-lewatnya Ogos hadapan dengan harga yang berdaya saing.
Kehadiran produk terbaru daripada Sony ini dijangka memberi saingan sengit kepada produk seangkatannya seperti Samsung dan HTC yang juga mengeluarkan produk yang menawarkan ciri hampir sama dengan produk ini.
INFO
SONY XPERIA Z ULTRA
Harga: Tidak diperoleh
Ciri: Pemprosesan 2.2GHz
Skrin: 6.4 inci berdefinisi tinggi (HD)
Saiz: 6.5mm
Berat: 212g
Kamera: 8MP
OS: Google Android 4.2 (Jelly Bean)
Masa berbual: 14 jam
Masa bersedia: 790 jam
*Sumber Harian Metro