Luaskan kuasamu Optimus G Pro dengan skrin 5.5 inci

LG menampilkan produk panas mereka iaitu Optimus G Pro yang lengkap rangkaian LTE di samping skrin sebesar 5.5 inci HD Penuh IPS bersama fungsi baru iaitu UX.
Ia akan dijual pada harga RM1,888.
Fungsi UX membenarkan perkakasan dibangunkan dengan ciri teknologi tinggi seperti dwirakaman yang membenarkan rakaman video dilakukan kamera depan dan belakang sekali gus serta mod Panorama Realiti Maya (VR) bagi rakaman 360 darjah pada kedua-dua kamera juga.

Skrin Optimus G Pro ditetapkan pada 1920 x 1080 piksel dengan 400ppi manakala baterinya berkapasiti 3,140mAh. Ia menjadikan LG Optimus G Pro telefon pintar paling lama jangka hayat baterinya di dunia.
Wah LG pun sudah mengorak langkah yang hebat seperti samsung juga kali ini dengan mengeluarkan model yang sama besar dengan samsung note II.
Foto
LG OPTIMUS G PRO

INFO

LG OPTIMUS G PRO

Harga: RM1,899
Set cip: 1.7GHz Quad-Core Qualcomm Snapdragon(TM) 600
RAM: 2GB DDR
Memori: 32GB / microSD
Paparan: 5.5-inch HD Penuh (1920 x 1080 piksel / 400ppi)
Kamera: 13.0MP dengan flash LED
OS: Android 4.1.2 Jelly Bean
Bateri: 3,140mAh
Saiz: 150.2 x 76.1 x 9.4mm

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100