Mahalnya makanan di bazar Ramadan
Alahai sejak akhir-akhir ini harga makanan dan juga barang melambung tinggi. Dalam bulan puasa ini, permintaan untuk makanan naik mendadak berkali ganda. Harga ayam tak semena-mena naik pulak dah lah nak beli kat bazar Ramadan pun harganya cekik darah sampaikan 1 bahagian dada ayam harga sampai cecah RM7 itu belum lagi beli yang lain tu. Sekali pergi bazar kurang-kurang pun Rm20 terbang kalau tak masak dirumah yang jenis beli jer. Oleh itu kalau ada pandai masak ke tak pandai masak ker perlu masak sendiri dirumah dapat menjimatkan duit walau tak banyak. Itu sahaja cara nak berjimat dahlah gaji lama lagi duit dikocek tinggal beberapa helai jer huhuhuhu warna biru jer...yang merah kuning hijau semua dah habis.